Monday, February 13, 2012

Azam 2012 ? (bukan mahu berdakwah)

bukan! ini bukan azam 2010 atau 2011 mahupun 2012. ini NIAT! niat yg sudah lama saya simpan. NIAT ingin berubah ke arah yg lebih baik. lebih baik yg saya maksud kan sini first thing is tutup aurat. and first thing dalam kepala hotak orang psl tutup aurat ni ialah 'tudung'. 


1) kenapa bertudung?
- sudah ada KESEDARAN. kesedaran untuk berubah. berubah bukan maksud dulu kita tidak bertudung, kita jahat. dan sekarang kita bertudung kita baik. TIDAK. kalau kita baik ataupun jahat, still kena berubah. better than yesterday orang selalu sebut. dan konsep 'kesedaran' saya bukan setakat, dulu saya gagal matematik, skarang kena blajar lagi. dulu gaji saya kecil, saya kena tambah duit lagi. dulu saya selalu pegi club, dan sekarang tidak lagi. dulu saya malas masak, sekarang mesti rajin. BUKAN! saya sedar saya perlu sembahyang 5 waktu kerana ia wajib. saya sedar hati saya 'hitam' dan saya perlu bersihkan. pendek kata, semua nya adalah kerana agama islam saya, kerana Islam Itu Mudah. 


2) untuk berubah, kenapa perlu bertudung?
- simple, kerana tudung adalah WAJIB. sama ada kita sedia atau tidak, hati terbuka atau tertutup, jujur atau hipokrit, dalam Islam menutup aurat adalah WAJIB dan tudung salah 1 dari cara kita menutup aurat. bagi saya, bertudung adalah benda yg mula-mula saya patut buat untuk berubah. 


3) pengalaman bertudung?
- mula bertudung lebih kurang sebulan selepas kahwin walaupun niat suda lama, tapi ada saja alasan-alasan yg menghalang saya bertudung waktu itu. contohnya, koleksi tudung kurang, tiada baju lengan panjang, dan macam-macam lagi. 


dan saya ada baca artikel-artikel yg berkata, "jika pintu hati kita masih tertutup untuk bertudung, bertudung saja lah kerana ianya wajib. dan InsyaAllah, Allah SWT akan mempermudahkan sesudah itu kerana itu semua urusan Allah SWT. Allah SWT cuma minta kita ikut perintah dia..."


BETUL! selepas saya bertudung, Alhamdulillah segalanya di permudahkan. 


bila sudah bertudung, secara automatik nya, orang tahu kita Islam. kemana-mana kita pergi, kita bawa imej Islam. di sini lah yg saya patut ubah keburukan pada diri saya supaya orang tidak selalu memandang negatif pada saya dan agama saya.


since kita adalah manusia, tetap tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. tapi kita boleh ubah kan? =)